Mayat Lelaki Dijumpai Tertiarap Dgn Kesan Darah Berhampiran Hospital Swasta | Seremban: Penemuan mayat lelaki dengan kesan luka pada beberapa bahagian badan di Jalan Toman 8, berhampiran sebuah hospital swasta, di sini, hari ini menjadi tanda tanya.
Darah pada bahagian belakang dan betis
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mayat lelaki berusia 39 tahun berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah pada bahagian belakang dan betis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya sudah mengenalpasti identiti lelaki berkenaan dan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat daripada orang awam menyatakan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun dan disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan pada pakaian mangsa mendapati barang peribadi masih berada dalam milikan lelaki berkenaan.
“Pemeriksaan awal pada anggota badan juga menemui kesan kecederaan pada muka dan badan. Setakat ini punca kematian masih belum dapat disahkan lagi.
“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat. Bagaimanapun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan yang tular di media sosial bahawa mayat berkenaan dibuang di lokasi itu, Arifai menegaskan pihaknya perlu menunggu keputusan laporan bedah siasat terlebih dahulu.
“Buat masa ini kita tidak pasti dan masih menjalankan siasatan.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 0127702282 atau IPD Seremban 066033222,” katanya.
Terdahulu, tular di laman Facebook mendakwa terdapat individu yang membuang mayat berkenaan di lokasi, bagaimanapun kawasan berkenaan didapati bukan kawasan sunyi.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Mayat Lelaki Yg Sudah Sebulan M4ti Ditemui Dlm Banglo Terbiar | PADAWAN – Mayat lelaki yang sudah dalam keadaan reput ditemukan dalam sebuah banglo terbiar di Jalan Burung Bunga Api, Batu 3 1/2 Jalan Perinssen di sini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 7.10 pagi semalam.
“Pemeriksaan yang dijalankan menjumpai mayat berkenaan di tangga naik ke tingkat atas banglo berkenaan. Mangsa dipercayai mati lebih sebulan yang lalu berdasarkan kepada keadaan mayat yang sudah reput (mengecut),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun Abang Zainal berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat mangsa yang memakai kemeja berkolar dan berseluar pendek.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tatu di tangan serta banyak kesan darah ditemui di dalam tandas dan dipercayai daripada badan mangsa.
“Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”ujarnya.