Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang

| December 9, 2020 | 0 Comments

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang | Kulim: Mayat lelaki dipercayai warga India dijumpai dalam longkang di hadapan Taman Kobis, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mayat berpakaian lengkap itu ditemui pada jam 9 pagi selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam.

Azhar berkata, pada jam 1.50 tengah hari, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang memaklumkan dia adalah bapa saudara kepada mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa adalah anak kakak kepada pemanggil itu yang datang dari India hampir dua bulan lalu.

“Dia menerima berita penemuan mayat itu melalui mesej pesanan WhatsApp yang dihantar oleh kenalannya.

“Dia mengesahkan si mati adalah anak saudaranya selepas melihat gambar yang dihantar oleh kenalannya dan berdasarkan maklumat lelaki itu, mangsa dikenal pasti sebagai K Prabakaran dan berusia antara 25 hingga 30 tahun,” katanya.

Azhar berkata, polis meminta lelaki itu tampil ke IPD Kulim dengan membawa dokumen berkaitan untuk pengesahan mayat berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian si mati.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *