Seorang lelaki dilaporkan telah ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang.
Jelasnya, mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 7 petang oleh pekerja hotel berkenaan.
Katanya lagi, pemeriksaan dijalankan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian dahi mangsa.
Katanya, siasatan mendapati mangsa berumur lingkungan 40-an datang dari Johor dan mendaftar masuk ke hotel itu pada petang Selasa.
Jelasnya lagi, mangsa dipercayai datang bersama seorang rakannya dan motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.
Ujarnya, polis telah memberkas rakan mangsa untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian