Mayat seorang lelaki dilaporkan ditemui tersangkut pada dahan pokok nipah dalam sungai berhampiran Jeti Bukit Belimbing, di sini semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 12.48 tengah hari.
Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor kemudian dihantar ke lokasi kejadian.
Jelasnya lagi, mayat berjaya dibawa ke jeti dengan bantuan nelayan dan polis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mayat lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat.
Sumber: Berita Harian