Mayat Lelaki Hilang Ditemui Dalam Dasar Lombong | Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah menemui mayat seorang pemuda yang  dikhuatiri lemas ketika bermandi-mandi di lombong terbiar dalam sebuah kebun buah-buahan di Kuala Kampar, di sini, baru-baru ini.

Mayat Lelaki Hilang Ditemui Dalam Dasar Lombong

Mangsa yang dikenali sebagai Peng Lawn, 21 tahun ditemui di dasar lombong kira-kira pada kedalaman 6 meter oleh pasukan penyelamat Ipoh sekitar jam 11.45 pagi sejurus dia dilaporkan telah hilang selama 18 jam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim menerusi laporan Sinar Harian, pemeriksaan awal telah dijalankan ke atas fizikal mayat warga Myanmar tersebut namun tidak menemui sebarang kesan sebarang perlakuan melibatkan jenayah.

Jelas beliau, fizikal mayat tersebut hanya menemui bengkak pada mulut manakala bahagian anggota fizikal lain tidak menemui sebarang kesan kecederaan selain mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat dan ujian saringan awal Covid-19 yang dijalankan menunjukkan mangsa disahkan negatif.

Operasi mencari dan menyelamat dikatakan telah bermula pada jam 7 pagi, Selasa namun ia telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.15 tengah hari selepas menemui mayat tersebut,

Menurut Hasron, kes melibatkan warga Myanmar tersebut telah diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Meor Mohammad Ali Meor Hussin berpendapat bahawa operasi mencari yang telah dilakukan dengan kaedah ‘surface searching’ dan selaman oleh PPDA.

Tambah beliau, seramai 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, PPDA Ipoh dan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dikerahkan untuk turut serta dalam operasi terbabit.

Beliau menjelaskan bahawa mangsa dijumpai di dasar lombong pada kedalaman lebih enam meter dan dibawa naik ke tebing untuk diserahkan kepada polis.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang pada Isnin selepas disedari abang mangsa yang ternampak adiknya berenang ke tengah lombong dan berada dalam keadaan terkapai-kapai.

Mangsa dikhabarkan  telah pergi ke kebun berkenaan untuk mencari kerja bersama abangnya sebelum mandi di lombong itu untuk menyegarkan badan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply