Mayat Lelaki Warga Emas Ditemui Dalam Semak | Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di kawasan semak di Kampung Jumbang, Seri Menanti, pada petang semalam.

Superintenden Amran Mohd. Ghani, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.30 petang.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

Beliau berkata bahawa setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah berkaitan penemuan tersebut, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mayat.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa bagaimanapun, kes ini dipercayai ada hubung kait dengan satu kes orang hilang melibatkan seorang lelaki berumur 67 tahun yang dilaporkan hilang sejak 22 November lepas di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti.

Ujar Amran lagi, pihak keluarga lelaki itu akan dipanggil untuk membuat pengecaman mayat.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah keluarga memohon bantuan orang ramai untuk mencari salah seorang ahli keluarga mereka, Abu Zahrin A. Hassan, 67, yang hilang selepas keluar dari rumah sejak 22 November lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Ingatkan Kain Buruk, Warga Emas Terkejut Jumpa Mayat Dalam Semak

Ingatkan Kain Buruk, Warga Emas Terkejut Jumpa Mayat Dalam Semak | Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dalam kawasan semak di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, di sini, semalam, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan menemukan mangsa berusia 40-an terbaring dengan kesan kecederaan pada kepala.

“Berhampiran mayat mangsa, terdapat sebuah motosikal jenis Modenas dan jarak antara kedua-duanya kira-kira tiga meter,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.30 petang.

“Hasil siasatan mendapati kematian ada unsur jenayah berdasarkan luka pada kepala mangsa.

“Selain itu, lelaki itu juga dipercayai bukan warga negara kerana tiada tanda suntikan BCG,” katanya.

Menurutnya, Unit Anjing Pengesan (K9) cuba menjejaki suspek namun tidak menemui sebarang maklumat.

“Siasatan di lokasi kejadian turut dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Pada masa sama, hasil keterangan pemilik motosikal Modenas menyatakan kenderaan itu telah dijual pada 2019 tanpa tukar nama,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, proses bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang esok dan siasatan lanjut kes masih dijalankan secara menyeluruh.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki terkejut apabila objek disangka kain buruk, rupa-rupanya mayat seorang lelaki di kawasan semak.

Mayat itu ditemukan Toriman Marsaid, 66, yang mengayuh basikal selepas selesai minum di sebuah kedai makan.

Sumber : Harian Metro

 

Warga Emas Ditemui [email protected] Di Kaunter Bayaran Tandas

Warga Emas Ditemui [email protected] Di Kaunter Bayaran Tandas | Seorang pekerja pembersihan warga emas ditemui meninggal dunia di kaunter bayaran masuk tandas di tandas awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Jalan Klebang Besar, di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Ismail Saadah, 67, ditemui orang awam dalam keadaan terduduk dan tidak sedarkan diri di kerusi kaunter bayaran itu sebelum laporan polis dibuat pada pukul 8.25 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemeriksaan sepasukan anggota polis di lokasi telah menemukan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Siasatan di lokasi tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Punca kematian dipercayai disebabkan serangan jantung dan si mati juga pernah dirawat di hospital pada 2 November 2009 akibat penyakit itu,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply