Mayat seorang pelajar universiti yang lemas kerana banjir pada minggu lalu akhirnya ditemukan selepas hanyut lebih 80 kilometer.

Mayat Pelajar Ditemui Lepas Lemas Lebih 80 Kilometer

Menurut portal berita CNN Indonesia, mahasiswi Institut Pertanian Bogor (IPB), Adzra Nabila, 20, hanyut setelah dibawa arus deras kerana terjatuh ke dalam lubang pembetungan di Jalan Dadali di Bogor.

Adzra hanya ditemukan selepas lima hari di kawasan yang merentasi negeri di jambatan besi daerah Tambora di Jakarta Barat.

Detik-detik sedih apabila remaja malang berkenaan terjatuh ketika menaiki motosikal merentasi kawasan air deras sempat dirakam seorang pemandu kenderaan ketika itu.

Video tersebut tular di media sosial dan operasi pencarian mendapat kerjasama pasukan polis di Jakarta.

Ketua Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Kota Bogor, Theofilo Patrocinio Freitas mengatakan Adzra merupakan mangsa terakhir yang berjaya ditemui daripada enam korban yang hilang akibat bencana banjir.

Pasukan keselamatan terus mengusung mayat mangsa di Jakarta Barat.

“Keadaan tubuh mangsa masih sempurna lengkap berpakaian, hanya beberapa bahagian agak bengkak kerana terlalu lama terendam air” kata Theofilo

“Mayat ditemukan sangat jauh mungkin kerana sudah lima hari dihanyut air. Operasi dihentikan kerana semua mangsa yang kami cari sudah ditemukan,” jelasnya lagi.

Keluarga Adzra mengakui amat sedih dengan kejadian yang menimpa namun bersyukur serta berterima kasih kepada pihak polis yang bertungkus lumus mencari mayat mangsa.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pihak berkuasa yang membantu mencari jenazah adik saya walaupun sudah lebih lima hari hilang,” kata abangnya, Ibnu.

Orang ramai menberikan ucapan takziah dan berduka cita kepada ahli keluarga Adzra yang dapat melihat jenazah anak dan adik mereka selepas lima hari.

Selain  itu, jenazah Adzra Nabila ditanam di Cilebut Timur, Sukaraja, Kabutan Bogor  dan ramai ahli keluarga dan kerabat yang datang menunaikan solat jenazah.

Semoga arwah  ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diharapkan kisah Adzra Nabila ini dijadikan sebagai pegajaran kepada semua orang supaya berhati-hati ketika banjir berlaku.

Sumber : Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply