Mayat Pemancing Lemas Di Lanchang Ditemukan Terapung | Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ketika memancing berhampiran jambatan Mempatih, Lanchang di sini pada Selasa lalu ditemukan terapung hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Ikram, 23, ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) pukul 8.30 pagi.

Timbalan Pengarah (Operasi) JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan yang sempurna dan berseluar.

Beliau berkata, Muhammad Ikhram dilaporkan memancing bersama rakannya sebelum dikatakan terjatuh dari tebing sungai itu.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa ketika ditemukan, mayat mangsa dalam keadaan sempurna dan sudah dihantar ke hospital berhampiran bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Ini insiden kedua selepas seorang lelaki berusia 19 tahun lemas di Sungai Pahang berdekatan Kampung Batu Bor, Bera empat hari lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing | Selepas kejadian lemas remaja berusia 19 tahun di Sungai Pahang berdekatan Kampung Batu Bor, Bera empat hari lalu, kini seorang lagi lelaki dikhuatiri ditimpa nasib sama ketika memancing di Jambatan Mempatih, Lanchang.

Mangsa, Muhammad Ikhram, 23, dilaporkan memancing bersama rakannya sebelum terjatuh dari tebing pada pukul 9.57 malam tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis pada pukul 10.56 malam tentang kejadian ini.

Beliau berkata seramai lapan orang pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua jentera.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini, maklumat awal saksi memberitahu terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa.

Menurut Ismail, pasukan bomba kemudiannya bertindak memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sebelum ditangguhkan pagi ini.

Jelasnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin sudah dimaklumkan bagi membantu operasi bermula pukul 8 pagi ini dan sehingga kini mangsa masih belum ditemukan.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Mayat Pelajar UiTM Dikhuatiri Lemas Selepas Dibawa Arus Ditemui

Operasi mencari dan menyelamat seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Pantai Cherating berakhir apabila mayatnya ditemukan di Pantai Baging, Sungai Ular, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan kira-kira sembilan kilometer daripada lokasi dia dilaporkan lemas.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati ibu bapa mangsa kelihatan hiba dan mereka memaklumkan jenazah dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk proses bedah siasat.

Turut kelihatan di lokasi kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Andansura Rabu yang hadir bagi menenangkan ahli keluarga mangsa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang penuntut UiTM Dungun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Pantai Cherating di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama 19 rakannya tiba di pantai itu kira-kira jam 1.30 petang untuk berehat dan berkelah.

Menurutnya, ketika mereka mandi sambil bermain di dalam air, ombak tinggi tiba-tiba datang merempuh kumpulan pelajar itu.

Katanya, mangsa dipercayai terpecah daripada kumpulan rakannya apabila dibawa arus ke tengah sebelum hilang manakala yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply