Operasi mencari dan menyelamat seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Pantai Cherating berakhir apabila mayatnya ditemukan di Pantai Baging, Sungai Ular, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan kira-kira sembilan kilometer daripada lokasi dia dilaporkan lemas.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati ibu bapa mangsa kelihatan hiba dan mereka memaklumkan jenazah dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk proses bedah siasat.

Turut kelihatan di lokasi kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Andansura Rabu yang hadir bagi menenangkan ahli keluarga mangsa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang penuntut UiTM Dungun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Pantai Cherating di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama 19 rakannya tiba di pantai itu kira-kira jam 1.30 petang untuk berehat dan berkelah.

Menurutnya, ketika mereka mandi sambil bermain di dalam air, ombak tinggi tiba-tiba datang merempuh kumpulan pelajar itu.

Katanya, mangsa dipercayai terpecah daripada kumpulan rakannya apabila dibawa arus ke tengah sebelum hilang manakala yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki M4ut Selepas Lemas Bot Dinaiki Terbalik

Jitra: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya terbalik di Sungai Tandop, Taman Osman Aroff, di sini.

Mangsa, Hussain Hassan, 49, ditemui lemas sekitar jam 4 petang oleh sepasukan anggota Bomba yang melakukan pencarian di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, ketika kejadian dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sehingga ke tebing.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka adalah kontraktor yang dilantik oleh syarikat utiliti untuk melakukan kerja pemasangan kabel di permukaan sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu melalui panggilan MERS 999 berhubung seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas pada jam 3.20 petang.

Beliau berkata, Ketua Polis Balai Jitra, Asisten Superintendan Abi Suhaimi Ali bersama pasukannya pergi ke lokasi kejadian dan mendapati pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sedang melakukan pencarian mangsa di sekitar lokasi kejadian.

“Ketika operasi pencarian dilakukan, pihak bomba berjaya menemui mangsa di dalam sungai berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke darat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, hasil temubual dari rakan mangsa memaklumkan, mangsa dan dua rakannya ketika itu sedang melakukan kerja pemasangan kabel elektrik di permukaan sungai sebelum bot yang dinaiki mereka terbalik disebabkan oleh arus sungai yang deras.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra (HJ) untuk proses bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Rodzi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply