Mayat Rentung Ditemui Dalam Kereta Terbakar

| March 31, 2021 | 0 Comments

Mayat Rentung Ditemui Dalam Kereta Terbakar | Penemuan mayat yang sudah rentung dalam kebakaran kereta ditepi jalan. Baca selanjutnya..

RENTUNG TERBAKAR

Miri – Seorang individu ditemui rentung di dalam kereta jenis Toyota Camry yang hangus di Jalan Nasturium, Taman Yun Fah di sini hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.12 petang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, setibanya pihak bomba di lokasi, kenderaan terbabit yang diletakkan di tepi jalan, telah dilaporkan terbakar 100 peratus.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati seorang mangsa yang belum dikenalpasti identiti dan jantina ditemui rentung di bahagian hadapan tempat duduk pemandu kenderaan tersebut.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 1.27 petang.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *