Seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta dekat parkir di Garden Homes, Seremban 2, di sini, malam semalam dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan hilang sejak beberapa hari lalu dan rakannya cuba mencari sebelum menemui kereta mangsa di lokasi kejadian kira-kira jam 7.30 malam.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Kimar berkata, kereta Proton Wira itu dalam keadaan berkunci sebelum pihaknya melakukan operasi membuka pintunya.
“Pasukan kami menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berkunci di tempat parkir hadapan sebuah pasar raya dekat Garden Homes jam 7.31 malam.
“Difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi sejak tiga hari lalu, ” katanya.
Beliau berkata, selepas pintu kereta dibuka, pihak kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
“Lelaki ini dipercayai warga tempatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lepas 6 Hari Hilang. Akhirnya [email protected] Ditemui Dlm Bilik Hotel.
PETALING JAYA – Kehilangan seorang penuntut doktor falsafah (PhD) Universiti Putra Malaysia, sejak 26 Februari lalu akhirnya terjawab apabila ditemui maut akibat positif Covid-19 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Jordan Anak Maria, 32, kali terakhir dijejaki adalah di Balai Trafik Polis, Ipoh, pada 26 Februari lalu sekitar pukul 5.57 petang kerana ingin membuat laporan polis setelah terlibat dalam kemalangan kecil.
Adiknya, Patricia Pashella Lampon, 22, berkata, selesai membuat laporan tersebut, mendiang bergerak ke Kuala Lumpur dan ada membuat laporan kehilangan dokumen di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pada keesokan harinya kira-kira pukul 3.46 pagi.
Selepas itu, jelasnya, mendiang mulai hilang jejak dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga sehinggalah berita sedih tentang kematian mangsa akhirnya diterima semalam.
“Mendiang yang bekerja sebagai seorang guru tiba di Semenanjung sejak 21 Februari lalu bagi menyiapkan penulisan tesisnya dalam bidang Politik dan Kerajaan.
“Kali terakhir berhubung, dia ada beritahu yang dia terlibat dalam kemalangan kecil dan ingin membuat laporan polis di Balai Trafik Polis, Ipoh. Saya ada beritahu dia untuk hubungi saya semula selepas itu, tetapi tiada.
“Sejak 26 Februari itu, mendiang hilang tidak dapat dijejaki. Kami telefon rakan-rakannya pun, tetapi tiada seorang pun yang tahu. Kami ahli keluarganya sedia maklum mendiang dalam keadaan kurang sihat dan stress sebagai seorang pelajar. Tetapi tidak tanya lebih-lebih sebab ingin hormati privasi dia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Tambahnya, mendiang yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tidak menunjukkan sebarang gejala positif Covid-19 kerana mungkin mendiang sendiri tidak mengetahui dia menghidapi penyakit tersebut.
Dalam pada itu, Patricia berkata, penerimaan keluarga sangat berat dan sedih kerana tidak menyangka mendiang akan ‘pergi’ dahulu kerana mendiang merupakan seorang yang sangat aktif dalam menuntut ilmu.
“Mendiang jenis periang, adakalanya dia tegas khusus dalam pendidikan. Dia jenis bercita-cita tinggi dan suka buat kajian. Sejak dari zaman dia belajar, dia sangat aktif menyandang jawatan-jawatan tinggi.
“Dia juga peramah dan pandai membina ‘networking’ dengan orang ramai. Mendiang juga pernah menjadi Felo Perdana di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Disebabkan oleh positif Covid-19, kami (ahli keluarga) tidak dapat melihat jasad mendiang sebab prosedur yang telah ditetapkan. Namun tetap berharap walaupun abu mendiang, dapat dibawa semula ke Miri, Sarawak,” katanya.
Sumber: KMN