Mayat Wanita Dengan Kesan Lebam Ditemui Dalam Semak

| October 14, 2020 | 0 Comments

Mayat Wanita Dengan Kesan Lebam Ditemui Dalam Semak | Subang Jaya – Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan lebam pada muka dan badan di tepi jalan di Kampung Sri Aman, Bukit Puchong di sini semalam.

Mayat wanita itu ditemui seorang pelajar kolej yang melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 7.03 pagi sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an dan dipercayai warga asing berdasarkan tatu yang dimiliki serta tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

“Pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati ada kesan lebam pada muka, tangan dan belakang badan mangsa,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, pihak forensik juga tidak menemui sebarang bahan bukti di lokasi kejadian.

“Tiada luka luka yang menjurus kepada punca kematian dan mayat dihantar ke Hospital Serdang bagi pemeriksaan Covid-19 sebelum dibedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *