Mayat Wanita Hamil Dibuang Di Dalam Tangki Septik

| June 9, 2021 | 0 Comments

Mayat Wanita Hamil Dibuang Di Dalam Tangki Septik | Penemuan mayat seorang wanita hami di dalam tangki septik pada rabu lalu telah berjaya menjawab persoalan kehilangan seorang wanita di Kampar, Riau.

Mayat Wanita Hamil Dibuang Di Dalam Tangki Septik

Mangsa iaitu Siti Amidah dipercayai telah dibunuh oleh suaminya sendiri di saat keadaannya kini sedang sarat mengandungkan bayi mereka yang berusia 7 bulan di dalam kandungan. Mayatnya berjaya ditemui oleh penduduk apabila mereka mula mencurigai bau busuk yang yang hadir dari lubang itu.

Penduduk yang menemui mayat mangsa segera menghubungi pihak polis kerana terlalu terkejut dengan penemuan itu.

Ketua Polis Tapung Kompol Sumarno berkata, kejadian didalangi suami mangsa yang mengupah individu untuk menggali lubang berkenaan. sebaik lubang digali, suspek menyuruh pekerja kontrak itu membeli makanan. Sebaik sahaja selesai membeli makanan dan kembali, pekerja itu mendapati bahawa lubang itu telah ditimbus oleh suspek.

Pekerja itu tidak merasai sebarang kecurigaan sebarang kejadian pelik terhadap suspek malahan terus pulang sebaik sahaja diarahkan untuk berbuat begitu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan terhadap motif suspek membunuh isteri dan bayinya. Suspek yang juga merupakan bekerja sebagai pemungut kelapa sawit kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *