Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Rambai

| May 3, 2021 | 0 Comments

Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Rambai | Mayat seorang wanita yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor, di sini, Jumaat lalu didapati mempunyai kesan kecederaan pada fizikal mangsa.

Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Rambai

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, ia hasil bedah siasat yang telah dijalankan terhadap mayat wanita terbabit di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, mayat wanita itu ditemui oleh orang awam jam 7.30 petang pada 30 April lalu dalam keadaan terapung di tepi Sungai Rambai dalam sebuah kebun kelapa sawit pada jarak kira-kira satu kilometer dari Jalan Rawang.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identitinya sudah meninggal dunia lebih 48 jam dan mangsa dipercayai warga tempatan kerana terdapat kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian baju kemeja berwarna maroon dengan berseluar jeans.

Bagaimanapun, ketika mayat mangsa ditemui baju mangsa ditemui dalam keadaan hampir tercabut dan mangsa berada dalam keadaan separuh bogel.

Ramli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Sufian Amin di talian 012-614 9580 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Metro, Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *