Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan terbakar serta dipercayai telah menjadi mangsa bunuh di kawasan tepi sungai.
Kejadian berlaku petang semalam di Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, Kuala Kangsar.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah memberikan kenyataan berkaitan insiden itu.
Katanya, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.
Panggilan berhubung penemuan mayat itu diterima daripada orang awam pada 3.05 petang.
Kemudian, anggota Unit Forensik serta Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digerakkan ke lokasi.
Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati, wanita itu dipercayai mati dibunuh dan dibakar di lokasi yang sama mangsa ditemukan.
Katanya, melalui penelitian awal berdasarkan fizikal, mangsa dipercayai wanita berbangsa India.
Bagaimanapun, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.
Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Justeru, beliau meminta orang ramai untuk tampil jika mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu.
Serta, mereka yang kehilangan ahli keluarga boleh tampil berhubung dengan mana-mana balai polis terdekat.
Maklumat juga boleh disampaikan dengan terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436.
Sumber: Harian Metro