Mayat Warga Emas Cedera Di Kepala Ditemui Terbaring Di Jalan

| November 30, 2020 | 0 Comments

Mayat Warga Emas Cedera Di Kepala Ditemui Terbaring Di Jalan | Kuala Selangor – Mayat seorang perempuan warga emas ditemukan dengan kesan kecederaan di bahagian kepala terbaring di Jalan Kampung Kedah, Kampung Kuantan di sini semalam.

Mayat perempuan berusia 79 tahun itu dijumpai orang awam kira-kira pukul 8.11 malam sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa merupakan penduduk tempatan dengan jarak ditemukan dengan rumahnya kira-kira 80 meter.

Katanya,hasil pemeriksaan turut menemui dompet mengandungi wang tunai milik mangsa yang tidak hilang.

“Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai penyakit kencing manis tahap kronik dan menetap bersama anak dan menantunya.

“Mangsa berkemungkinan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari rumah jirannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Ramli, pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan luka di kepala mayat menyebabkan pendarahan.

Tambah beliau, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh esok setelah keputusan saringan Covid-19 diperolehi bagi mendapatkan punca kematian.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd. Sufian Amin di talian 0126149580.

“Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *