Mayat Warga Emas Tinggal Seorang Diri Ditemui Sudah Reput | Penduduk sebuah kampung di Indonesia menghidu bau kuat dari rumah seorang warga emas yang sudah lebih seminggu tidak diziarah oleh jiran-jirannya, lapor laman berita Tv One News.
Penduduk setempat dikenali sebagai Efendi, 45, dimaklumkan tentang bau busuk yang berasal dari rumah jirannya, Mandrai, 77, di daerah Malang, wilayah Jawa Timur.
Bau Busuk Dalam Rumah
“Saya menerima aduan dan pergi ke rumah Mandrai. Ketika masuk ke dalam rumah, bau busuk semakin kuat. Ternyata bau itu datang daripada mayat Mandrai yang sudah enam hari membusuk.
“Dia sudah lapan hari tidak keluar dari rumah. Kali terakhir dia dilihat oleh jiran-jiran ialah pada 8 Julai lalu dan selepas itu, mereka tidak melihatnya lagi,” kata Efendi.
Melihat Mandrai meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan, Efendi melaporkannya kepada Ketua Kampung Jeru dan seterusnya Polis Turen.
Mayat Sudah Reput
Ketua Polis Turen, Edi Hariadi berkata, Mandrai dianggarkan meninggal dunia lebih tujuh hari dan beberapa bahagian tubuhnya sudah dimakan ulat.
“Berdasarkan maklumat jiran, mangsa tinggal seorang diri di rumahnya dan menghidap diabetes akut,” jelas Edi.
Tambah Edi, tiada kesan mencurigakan pada mayat Mandrai, manakala mangsa meninggal dunia kerana penyakitnya, tambahan pula dia hidup bersendirian.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Ini :
Dua Mayat Lelaki Ditemui Dibungkus Dengan Kanvas Dan Dibuang Seperti Sampah | MELAKA: Dah macam sampah. Itu antara telahan awal rata-rata saksi penemuan dua mayat lelaki bertatu di kawasan semak tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Kampung Ujong Padang, Cheng di sini pagi tadi.
Mayat Dibungkus Dengan Kanvas Dan Dibuang Seperti Sampah
Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh dua hingga tiga hari lalu di satu kawasan lain sebelum mayat mereka dibungkus dengan kanvas dan dibuang di situ.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit kedua-dua mayat itu ditemui pekerja lori penghantar barangan runcit berusia 35 tahun ketika melalui tempat kejadian itu sekitar jam 9 pagi sebelum memeriksa dua bungkusan kanvas yang kelihatan pelik.
Dia yang terkejut dengan penemuan itu kemudian segera menghubungi pihak polis.
Kawasan berkenaan terletak berhampiran kawasan perkuburan Kristian.
“Hasil siasatan awal mendapati tubuh pertama berada dalam kanvas yang diikat dengan kabel tie dan tali serta lengkap berpakaian kemeja-T hitam dan berseluar jean pendek. Mayat kedua dijumpai dalam kanvas bersebelahan tubuh pertama dan pemeriksaan lanjut tubuh ini tidak berpakaian dan hanya berseluar jean pendek,” kata Christopher.
Tiada Dokumen Pengenalan Diri
Pemeriksaan lanjut di sekeliling kawasan tubuh dijumpai terdapat timbunan sampah namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat lelaki terbabit.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar si mati dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pemeriksaan turut menemui kesan tatu dicacah pada tubuh kedua-dua mayat, namun pihaknya masih mengenal pastinya berikutan coraknya tidak begitu jelas.
Sumber : BuletinTV3
Baca Juga Artikel Ini :
Mayat Lelaki Kena Ikat Dan Berbungkus Plastik Dijumpai Dalam But Kereta | SHAH ALAM – Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.
Bau Busuk Daripada Kereta
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, penemuan mayat mangsa disedari orang awam pada jam 3.25 petang selepas terhidu bau busuk pada kereta jenis Honda City yang ditinggalkan kira-kira dua hingga tiga hari lalu.
Menurutnya, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terikat dan berbungkus plastik.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun.
“Semakan juga mendapati kereta itu didaftarkan atas nama mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Disyaki Kes Cemburu
Susulan itu, Ramsay menegaskan, pihaknya telah memberkas tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 40-an pada hari yang sama berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 7 petang.
“Disyaki punca pembunuhan itu berkait dengan cemburu, bagaimanapun siasatan masih dijalankan,” ujarnya.
Tambahnya, kesemua suspek kini direman enam hari bermula Rabu untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025,” katanya.