McGregor Berhasrat Mahu Beli Man United | Conor McGregor bukanlah satu nama yang asing lagi dalam dunia sukan tinju, malah dia juga turut dikenali di serata dunia. Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor telah meluahkan hasratnya untuk membeli kelab Manchester United.

McGregor Berhasrat Mahu Beli Man United

Keputusan itu telah dibuat olehnya selepas Ed Woodward mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib pengerusi kelab itu. Keputusan perletakan jawatan itu telah diumumkan secara mengejut. Perletakan jawatan itu turut menyebabkan harga saham The Red Devils jatuh teruk di sebalik masalah melanda Liga Super Eropah (EPL).

Woodward telah mencipta kariernya bersama dengan United selama 16 tahun. Namun ia telah berakhir pada selasa selepas dia dikritik berikutan pengumuman penganjuran European Super League pada Ahad lalu. Dia dilaporkan meletak jawatan di kelab berkenaan sebelum Manchester City, Chelsea dan Arsenal menarik diri susulan protes di luar Stamford Bridge.

Sebaik sahaja perletakan jawatan itu diumumkan, McGregor telah bertanyakan kepada para peminatnya menerusi platform twitter sama ada dia boleh mengambil alih kelab Red Devils. Ciapan itu juga telah dibuat sebaik sahaja selepas Sky Sports mendedahkan bahawa harga saham United jatuh secara drastik.

Saham kelab itu jatuh 6.60 peratus kepada 16.12 ASD (RM66.39) petang selasa.

Sumber: Malaysia Gazette

Share.

Leave A Reply