Menari Iringi Mayat Di Jalanan, Sekumpulan Individu Dalam Buruan Polis

| June 20, 2021 | 0 Comments

Menari Iringi Mayat Di Jalanan, Sekumpulan Individu Dalam Buruan Polis | Sekumpulan lelaki kini dalam buruan polis atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan berarak mengiringi mayat di Jalan Siram, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menari Iringi Mayat Di Jalanan, Sekumpulan Individu Dalam Buruan Polis

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya membuka kertas siasatan hari ini selepas menerima satu laporan mengenai video tular di TikTok memaparkan sekumpulan lelaki berarak serta menari ketika mengiringi mayat.

Video yang berdurasi selama 56 minit itu telah dimuat naik oleh @ budakpenang7 di aplikasi TikTok. Dalam video tersebut  sekumpulan lelaki itu membawa keranda di tengah jalan sambil bermain dram dan mengangkat sepanduk si mati.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 17 Jun lepas namun videonya baru tular menerusi media sosial semalam. Polis telah mendapat butiran berhubung si mati dan sedang mengesan kumpulan individu iaitu kira-kira 15 hingga 20 lelaki yang berarak dan menari mengiringi mayat.

Mayat itu adalah lelaki berusia 23 tahun yang meninggal dunia akibat penyakit batuk kering, dibawa dari Teluk Air Tawar, Seberang Perai ke tempat pembakaran mayat di Jalan Siram dengan menaiki kenderaan. Namun, kira-kira 50m dari tempat pembakaran itu, kumpulan individu terbabit berarak membawa mayat sehingga ke lokasi pembakaran.

Polis meminta kumpulan lelaki terbabit tampil membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Di samping itu, pemilik akaun TikTok berkenaan turut dikesan untuk membantu siasatan.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *