Mendapat Untung Daripada Pembedahan Mayat | Bekas pemilik rumah pengebumian dan ibunya didapati bersalah kerana membedah mayat dan menjual anggota badan tanpa mendapat kebenaran.

MEGAN Hess. FOTO Reuters

Berikutan itu, Megan Hess, ketika itu 46 tahun, dan ibunya, Shirley Koch, ketika itu, 69, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun, manakala Koch (penjara 15 tahun).

India Times melaporkan, Hess dan Koch, sudah membedah 560 mayat di Colorado, Amerika Syarikat (AS), antara tahun 2010 dan 2018.

Menurut pihak pendakwaan, Hess, ketika mengendalikan Rumah Pengebumian Sunset Mesa di bandar Montrose, Colorado, mengenakan bayaran kepada keluarga si mati sehingga AS$ 1,000 (kira-kira RM4,401) untuk pembakaran mayat yang tidak dilakukannya.

Ada juga kes yang mana Hess menawarkan pembakaran mayat secara percuma sebagai pertukaran untuk pendermaan anggota badan.

Tanpa kebenaran dan menggunakan borang pendermaan yang dipalsukan, wanita itu kemudian menjual bahagian badan itu menerusi perniagaan sampingannya yang beroperasi di premis sama.

Hess, dengan bantuan ibunya, turut menjual anggota badan termasuk kaki, tangan dan kepala kepada pusat latihan perubatan.

Pihak pendakwaan mendakwa bahawa keseluruhan mayat sudah dijual.

Hess turut mencabut dan menjual gigi emas beberapa individu yang meninggal dunia.

Keluarga yang sudah mengupah Hess untuk pembakaran mayat kemudian mendapati bahawa abu yang mereka perolehi adalah campuran abu daripada banyak pembakaran mayat.

Leonard Carollo, Ejen Khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Denver, dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua wanita itu mengambil kesempatan untuk mengaut untung atas kesedihan orang lain.

Di AS, pemberian organ untuk pemindahan adalah sah, tetapi menjualnya adalah haram.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Bapa Jumpa Kepala & Badan Anak Yang Hilang Dalam Petik Sejuk Rumah Bekas Pemain Bola Sepak

Bapa Jumpa Kepala & Badan Anak Yang Hilang Dalam Petik Sejuk Rumah Bekas Pemain Bola Sepak | Bekas pemain bola sepak Ghana ditangkap selepas beberapa kepala manusia – salah satunya milik remaja berusia 13 tahun – dijumpai dalam peti sejuk di rumahnya.

Bapa Jumpa Kepala & Badan Anak Yang Hilang Dalam Petik Sejuk Rumah Bekas Pemain Bola Sepak

Daily Star melaporkan Richard Gyamfi, 28, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak ditahan polis, Ahad lalu di rumahnya dekat kawasan Perbandaran Sunyani.

Selain beberapa kepala, polis turut menemui anggota badan yang dipotong di dalam peti sejuk sama.

Rahsia itu terbongkar selepas bapa remaja itu, Thomas Agyei datang ke rumah Gyamfi untuk mencari anak lelakinya Louis Agyemang Junior.

Remaja berkenaan disyaki ke rumah suspek dari taman berhampiran, lapor Kanyi Daily.

Gyamfi memberitahu Agyei dia tidak pernah melihat Louis dan menafikan ada kaitan dengan kehilangan remaja itu.

Bagaimanapun, seorang rakan Agyei memberitahu melihat Gyamfi membawa Louis masuk ke dalam rumah.

Bagi mendapatkan kepastian, Agyei ditemani rakannya masuk ke rumah Gyamfi dan mereka pada mulanya tidak menemui apa-apa yang luar biasa.

Tidak berpuas hati, Agyei dan rakannya terus menggeledah ruang di dalam rumah sebelum menemukan bilik dengan pintu terkunci.

Agyei mendesak Gyamfi membukanya namun lelaki itu enggan berbuat demikian dengan alasan kunci pintu bilik berkenaan hilang.

Berang dengan jawapan itu, Agyei dan rakannya menendang pintu berkenaan sebelum menemukan mayat anaknya tanpa kepala di lantai.

Polis segera dipanggil ke tempat kejadian yang kemudian menemui dua lagi kepala dan beberapa bahagian tubuh manusia di dalam peti sejuk.

Identiti mangsa lain belum didedahkan.

Pengarah Hal Ehwal Awam Perkhidmatan Polis Ghana, Alexander Kwaku Obeng memberitahu media tempatan bahawa mayat mangsa dibawa ke bilik forensik hospital Perkhidmatan Polis Ghana di Accra untuk dibedah siasat.

“Sementara menunggu hasil bedah siasat, keluarga mangsa, penduduk setempat dan pegawai polis terbabit dalam kes itu dirujuk ke pakar psikiatri bagi mendapatkan sokongan.

“Siasatan dijalankan dan suspek ditahan untuk disoal siasat,” katanya.

People have been left in shock following the grim discovery

People have been left in shock following the grim discovery

Sumber : Harian Metro, Daily Star

Share.

Leave A Reply