Mengamuk Guna Batang Besi, Penagih Dadah Berjaya Ditahan | Seorang lelaki dipercayai merupakan penagih dadah ditahan selepas anaknya sendiri melaporkan tindakan bapanya yang  mengamuk kepada polis dalam kejadian di Kampung Gerowot, Kuala Penyu, di sini, baru-baru ini. 

Mengamuk Guna Batang Besi, Penagih Dadah Berjaya Ditahan

Dalam kejadian jam 1.43 pagi itu, suspek yang dikatakan berusia 41 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan mengamuk dengan menggunakan batang besi.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, tangkapan dibuat selepas anggotanya menerima panggilan daripada seorang pengadu yang juga anak kepada suspek. lelaki yang berusia 27 tahun itu dilaporkan telah membuat panggilan kepada anggota yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Menerusi laporan tersebut, pengadu dikatakan membuat aduan kerana takut dengan tindakan bapanya yang mengamuk dengan menggunakan batang besi dan suspek kemudian ditahan di halaman rumahnya.

Dalam pada itu, Yusoff berkata, suspek kemudiannya telah di bawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply