Mengejutkan! Wanita Jatuh Dari Tingkat 21 Tapi Ini Yang Terjadi.. Seorang wanita terselamat selepas terjatuh dari tingkat 21 di Indonesia. Baca seterusnya.

Seorang wanita separuh umur yang mahu dikenali dengan nama AN, berumur 55 tahun terselamat selepas terjatuh dari tingkat 21 Pangsapuri Gading Nias, Kelapa Gading, Jakarta Utara di Indonesia.

Memetik laporan Detik, Ketua Polis Daerah Kelapa Gading Kompol Vokky Sagala mengatakan kejadian itu terjadi pada hari Khamis.

“Polisi Kelapa Gading menerima laporan dari masyarakat bahwa ada seorang wanita paruh baya jatuh dari Apartemen Gading Nias pada pukul 15.00 WIB,” kata Vokky dikonfirmasi.

Vokky menjelaskan, AN jatuh di atas bumbung Toyota Yaris di sekitar lokasi. Walaupun kereta itu remuk di bahagian atasnya, tetapi ia menyelamatkan AN daripada kematian.

Sejurus selepas jatuh, mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan perubatan.

“Selepas terjatuh, penduduk setempat membawanya ke hospital dan alhamdulillah mangsa terselamat, hanya mengalami luka patah di lengan kiri,” jelasnya.

Selepas diperiksa, AN mengaku terbabas dari balkoni apartmennya ketika mengeringkan pakaian.

“Kami sedang berhubung dengan mangsa, katanya dia tergelincir ketika melakukan aktiviti menjemur, namun kami masih menjalankan proses siasatan,” katanya.

Sumber: The Vocket

Share.

Leave A Reply