Mengejutkan, Zahid Pernah Tawarkan ‘Ini’ Kepada Muhyiddin. | PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin malam tadi membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Zahid Hamidi menawarkan jawatan Presiden Umno ketika beliau masih Perdana Menteri.

Mengejutkan, Zahid Pernah Tawarkan 'Ini' Kepada Muhyiddin.

Berucap pada satu himpunan di DUN Bukit Kepong, Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata Zahid ketika itu memujuk beliau kembali kepada Umno, dalam satu pertemuan di Sri Perdana.

“Dia datang jumpa saya (kata), ‘marilah Tan Sri balik semula kepada Umno, saya nak serahkan Presiden Umno’ pada saya.

“Kalau tanya Zahid, dia cakap saya bohong,” katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau terus menolak tawaran itu.

“Saya fikir perjuangan Bersatu bersama PAS lebih baik,” katanya.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan apa yang dibicarakan Zahid, tawaran itu merupakan keputusan parti untuk mempelawanya masuk Umno.

“Datang dia (kata), ‘ini keputusan kita nak minta Tan Sri balik semula kepada Umno,” katanya.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply