Menteri Pendidikan Lapor Polis Gambar Jadi Viral. Ini Puncanya. | Susulan tular gambar Menteri Kanan Pendidikan tidak menjaga penjarakan sosial di satu majlis, ini tindakan yang dilakukan Menteri Pendidikan.

Putrajaya – Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menafikan satu hantaran di Facebook kononnya beliau tidak melakukan penjarakan fizikal ketika sidang akhbar di sebuah sekolah baru-baru ini.

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau telah menyemak foto berkenaan dan mendapati ia adalah gambar palsu.

Menurutnya, pihaknya sudah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan itu.

“Saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah langsung tiada penjarakan fizikal sewaktu saya mengadakan satu sidang akhbar.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd. Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah saya ketika sidang media di Sekolah Menengah Sains Dungun pada 3 Oktober lalu.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu,” katanya.

Katanya, tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply