Miliki 169 Gambar Dan Video [email protected] Dalam Telefon, Lelaki Didenda RM 6,000 | AMPANG: Seorang pekerja penyelenggaraan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana memiliki 169 gambar dan video lucah dalam telefon bimbit.
Majistret, Amalina Basirah Md Top, mengenakan denda itu selepas tertuduh, Mazlan Firdani Marzuki, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit.
Mengikut pertuduhan, Mazlan Firdani didakwa memiliki 92 gambar lucah dan 77 video lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung Model Galaxy.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Indah, Ampang Jaya, jam 10.45 pagi pada 20 April 2022, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh, Ernie Ahmad, memohon hukuman minimum kerana anak guam ada tiga anak berusia antara setahun hingga 14 tahun serta penanggung utama keluarga.
“Tertuduh memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. Tertuduh memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu,” katanya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nur Nazhilah Mohammad Hashim, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Sumber: BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Ejen Insuran Dipenjara, Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki
Ejen Insuran Dipenjara, Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki | Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan kepada seorang ejen insurans setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan terhadap seorang remaja lelaki pada tahun 2019 iaitu melakukan amang seksual fizikal dan merakam video pornografi.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh Ahmad Jalaludeen Rahumathulla telah memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wanita melalui media sosial untuk berkenalan dengan remaja tersebut. Tertuduh kemudian mula menyuruh mangsa untuk berkongsi gambar bogel miliknya dan mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan.
Putar belit tertuduh tidak habis di situ, dia malah menyamar pula sebagai individu lain yang kononnya berpura-pura hendak membantu mangsa bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan membawa remaja itu pulang ke rumahnya.
Semasa pertemuan, tertuduh telah melakukan amang seksual, meliwat dan melakukan onani terhadap mangsa. Lebih parah lagi, dia merakam aksi tidak senonoh itu kemudian menyebarkannya kepada rakan mangsa di media sosial.
Perbuatan jijik lelaki itu terbongkar akhirnya apabila rakan mangsa menonton video tersebut dan memaklumkan kepada pihak sekolah.
Pertuduhan pertama, tertuduh berusia 36 tahun itu didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah.
Seterusnya, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal sekali lagi serta membuat rakaman pornografi mangsa. Kesemua kesalahan berlaku di rumah tertuduh di daerah Georgetown, Pulau Pinang sekitar bulan Disember 2019.
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan melakukan amang seksual fizikal.
Manakala bagi kesalahan melakukan rakaman pornografi pula, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Mazdi Abdul Hamid memerintahkan tertuduh supaya menjalani hukuman berkuat kuasa serta merta dan tidak membenarkan penangguhan hukuman. Pendakwaan kes dikenadalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh diwakili peguam, V. Parthipan.
Sumber: Oh Bulan