Misteri Bau Busuk Akhirnya Terungkai Slps Temui Mayat Lelaki. | SERDANG – Bermula dengan laporan bau busuk di sebuah kediaman di Taman Sri Serdang, polis kemudiannya menemukan mayat lelaki warga Afrika berusia empat hari di sebuah bilik tidur rumah berkenaan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang tidak senang dengan bau busuk dari kediaman mangsa sekitar pukul 11.50 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 31 tahun itu telah meninggal dunia dan merupakan bekas mahasiswa di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 2017 lalu.

“Tiada maklumat yang diperoleh berkaitan mangsa selepas tamat belajar di IPTA itu, kali terakhir mangsa dilihat pada Isnin minggu lalu oleh pekerja kedai serbaneka berhampiran rumahnya.

“Mangsa yang tinggal berseorangan itu disyaki mempunyai penyakit kerana terdapat banyak ubat-ubatan atas namanya yang berada di dalam bilik tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa dapati tiada unsur jenayah dan telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Anbalangan, doktor Patalogis Hospital Serdang mengesahkan tempoh kematian mangsa sudah mencapai empat hari.

“Siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

 

[VIDEO] Tidak boleh semberono buat bonggol

SHAH ALAM– Pembinaan bonggol di jalan raya tidak boleh buat secara sesuka hati memandangkan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai spesifikasi khusus untuk infrastruktur tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, ini disebabkan ketelitian pembinaannya amat penting bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Oleh itu bonggol atau ‘hump’ ini perlu ada spesifikasi dari aspek saiz dan ketinggian.

“Malahan cat di bonggol tersebut tidak boleh sebarangan sebab ada setengah jenis cat kuning yang licin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Jelajah Ehsan Rakyat di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembinaan ‘bonggol maut’ di Persiaran Arsyad Ayub di sini.

Izham menegaskan, bonggol hanya boleh dibina di tempat yang tertentu sahaja dengan kawasan selekoh adalah tidak dibenarkan.

“Pihak PBT dan JKR sudah ada peraturan ini semua. Permohonan untuk pembinaan bonggol perlu kelulusan terlebih dahulu. Kawasan awam seperti sekolah, hospital, taman-taman kita akan beri keutamaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya memaklumkan, rekaan lintasan pejalan kaki di lokasi tersebut masih memerlukan penambahbaikan dengan penambahan seperti lampu kecemasan atau amaran, garisan pemutus kelajuan dan melandaikan kadar kecerunan.

“Ini memandangkan laluan menurun kenderaan daripada arah Jalan Persiaran Tun Arshad Ayub.

“Serahan tapak kepada pihak MBSA oleh pihak kontraktor akan dilakukan sepenuhnya dengan anggaran tempoh sebanyak 14 hari waktu bekerja,” jelasnya.

Jelas MBSA, Pengguna jalan raya dari arah Bulatan Bestari, Seksyen 2 yang menuju ke arah Persiaran Tun Arshad Ayub dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan semasa menggunakan jalan tersebut.

Share.

Leave A Reply