Misteri Mayat Wanita Terapung Dijumpai Di Sungai Kuala Abang

| November 23, 2021 | 0 Comments

Misteri Mayat Wanita Terapung Dijumpai Di Sungai Kuala Abang | Penduduk sebuah kampung di Dungun dilaporkan sedang dirundung misteri selepas mereka telah menjumpai mayat milik seorang wanita terapung di Sungai Kuala Abang, pada Selasa, baru-baru ini.

Misteri Mayat Wanita Terapung Dijumpai Di Sungai Kuala Abang

Mayat yang sedang terapung itu dikatakan dijumpai penduduk kampung kira-kira 10 meter dari tebing sungai, sekitar jam 3 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, pihaknya telah menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumka mereka menjumpai mayat terapung di Sungai Kuala Abang, di sini, kira-kira jam 3 pertang.

Sejurus menerima maklumat, pihak kami terus ke lokasi kejadian yang dimaklumkan iaitu di belakang sebuah rumah di Kampung kuala Abang Dungun, di sini.

Setibanya di lokasi, mereka menemukan mayat terapung dan mayat berkenaan terus diangkat keluar sebelum dibawa ke bahagian Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Baharuddin menjelaskan, susulan penemuan mayat tersebut, siasatan lanjut berkaitan satu laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai wanita hilang dari Kampung Batu Tiong, di sini selepas keluar dari rumah.

Pihak keluarga terlibat telah dipanggil ke Bahagian Forensik Hospital Dungun bagi membuat pengecaman terhadap mayat sebelum pengecaman dibuat oleh ibu dan dua abang si mati.

Hasil bedah siasat yang dilakukan telah mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dilaporkan mati disebabkan lemas sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *