TAPAH – Sebuah motosikal bergesel dengan bas ekspres di Kilometer 1, Jalan Changkat Sulaiman, Sungkai di sini, pada Ahad, yang mengakibatkan seorang lelaki warga emas maut.

Motosikal Bergesel Dengan Bas Ekspres, Seorang Warga Emas Maut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Mohd Rapinge Rasidi, 72, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan melibatkan bas yang membawa 10 penumpang dari Lumut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda.

“Siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit bergesel dengan motosikal mangsa yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri jalan.

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan termasuk pemandu berusia 34 tahun.

“Tiada tangkapan dilakukan dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Puspakom. Kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply