Motosikal Terbakar, Lelaki M4ut Langgar Lori Di Sungai Buloh | SEORANG lelaki maut selepas melanggar sebuah lori di kilometer 425.3, Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
Lebih menyedihkan, motosikal mangsa dilaporkan terbakar selepas melanggar bahagian belakang lori tersebut yang berada di laluan kecemasan ketika kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.08 pagi Sabtu.
@majoritiofficial Salam takziah buat keluarga mangsa. Hati-hati semua di jalan raya, semoga sentiasa dilindungi. Baca artikel penuh dalam link.. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #sungaibuloh #selangor
Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, didapati sebuah motosikal jenis Demak yang ditunggang lelaki berusia 26 tahun itu terbakar lebih 50 peratus.
“Kenderaan itu terbakar selepas melanggar sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan laluan kecemasan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Hafisham, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Warga Emas M4ut, 2 Motosikal Berlanggar & Terbakar
LUMUT – Seorang maut manakala seorang parah apabila dua motosikal berlanggar dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Pantai Remis-Changkat Jering, berhadapan bekas sebuah stesen minyak di Pantai Remis, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian itu, Ramli Abdul Hamid, 60, yang mana 40 peratus tubuhnya melecur, maut di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa yang juga nelayan dan berasal dari Pantai Remis dalam perjalanan ke Tebuk Panchor untuk bekerja.
Mangsa yang parah pula ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 39 tahun yang juga melecur 40 peratus tubuhnya, dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd. Akmal Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi.
“Sebaik tiba, didapati terdapat kemalangan melibatkan dua mangsa masing-masing menunggang sebuah motosikal Modenas Kriss dan Yamaha Sport yang terbakar.
“Didapati kedua-dua motosikal terbakar 90 peratus dan seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir manakala seorang lagi cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, mangsa yang juga nelayan dan berasal dari Pantai Remis dalam perjalanan ke Tebuk Panchor untuk bekerja.
Mangsa yang parah pula ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 39 tahun yang juga melecur 40 peratus tubuhnya, dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan.
Beliau yang mengetuai sendiri operasi itu menjelaskan anggotanya bertindak memadam kebakaran menggunakan pam dari jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Katanya, mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulan ke HSM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operas itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.48 pagi.
Sumber: KMN