Muhyiddin Pertahan Prinsip, Tidak Mahu Bersekongkol Dengan Kleptokrat | Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat sekali gus mengorbankan prinsip yang dipegang selama ini.

Muhyiddin Pertahan Prinsip, Tidak Mahu Bersekongkol Dengan Kleptokrat

Tegas Perdana Menteri Caretaker itu, beliau dilaporkan juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa dalam satu perutusan khas yang dijalankan baru-baru ini.
Tambahnya lagi, ikhtiar tersebut tidak berhasil disebabkan terdapat pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat sekalian. Baginya, apa yang berlaku adalah ketentuan Allah selain menyifatkan ia merupakan satu episod dalam perjuangan politiknya .
Beliau menjelaskan bahawa enam tahun lalu, beliau telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana mahu mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi perutusan tersebut, beliau menyifatkan bahawaperjuangan dan pengorbanan tersebut membuahkan hasil selepas, akhirnya Allah mengangkat martabat perjuangan sehingga diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri
Begitupun, katanya, telah ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri dan beliau reda dengan ketentuan tersebut selain menyifatkan jawatan tersebut bukanlah suatu kemegahan malah ia datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang berat.
Beliau menyifatkan bahawa beliau telah memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini selain digugat dari segi politik.
Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply