Mula Tengah Malam Ini Hulu Langat Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini Puncanya.

| March 29, 2020 | 0 Comments

Mula Tengah Malam Ini Hulu Langat Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini Puncanya. | Selepas dua kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kini ia turut diperluas ke Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan dibuat mengambil kira jumlah kes yang tinggi di Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui di daerah itu.

Setakat ini, terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni insitusi itu.

“Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan (KKM) telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD, arahan kedua selepas Simpang Renggam, di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah.

“Ini termasuk tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.,” ujar Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Ismail, PKPD dilaksanakan bagi membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200 .

Dengan pelaksanaan perintah ini:

-Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

-Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Sumber : Mstar

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *