Mulut Berbuih, Hidung Berdarah. 20 Lembu Mati Bergelimpangan

| August 12, 2020 | 0 Comments

Mulut Berbuih, Hidung Berdarah. 20 Lembu Mati Bergelimpangan | Penternak kerugian RM55,000 selepas 19 lembu ternakannya mati dalam keadaan mencurigakan di ladang sawit di Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan, Bota, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Barudin Wariso berkata, dalam kejadian 10 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun mendapati 20 lembu mati bergelimpangan dalam keadaan mulut berbuih dan keluar darah melalui hidung.

“Penternak itu mendapati 19 lembu adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan pemiliknya.

“Tempat kejadian adalah ladang hak milik persendirian yang baharu ditanam anak pokok sawit pada April 2020. Ladang itu adalah milik orang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, lelaki itu menternak 200 lembu secara lepas bebas.

“Jabatan Veterinar sudah dimaklumkan dan akan turut sama menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian lembu berkenaan sama ada

disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *