Dua lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan tragis di Simpang Utama Gersik, Muar, Johor pada Selasa.
Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi hilang kawalan dan merempuh sebuah lori muatan tiga tan di laluan tersebut.
Susulan pelanggaran itu, pemandu kereta berkenaan dilihat dalam keadaan nazak dan cedera parah ketika kejadian.
Dikongsikan di laman Telegram sejak Selasa, rakaman kemalangan hangat diperkatakan warganet dan menerima lebih 1,000 jumlah tontonan setakat ini.
Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir pada Selasa, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan itu telah terbabas dan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat tersepit di kenderaan masing-masing.
Difahamkan, pihak (PKO) berjaya mengeluarkan kedua-dua pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
@majoritiofficial Ya Allah ngerinya tengok keadaan mangsa nampak tengah nazak😢VIDEO PENUH & BERITA LANJUT dalam artikel. #isuviral #beritatiktok #kemalangan #gersik #johor #malaysiatiktok
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan masing-masing berhubung kemalangan tersebut.
“Mudah-mudahan semua mangsa selamat, laluan situ memang bahaya dan kerap berlaku kemalangan, kalau memandu di laluan ini elakkan memotong kenderaan lain,” kata Noor Muhammad Khalid.
“Ya ALLAH, nampak macam tengah nazak pemandu kereta itu, semoga semuanya dipermudahkan urusan buat kedua-dua mangsa,” ujar Alfi.mzubair.
“Nampak macam kereta itu bawa laju tapi tak boleh nak salahkan mana-mana pihak, harap mangsa selamat sebab nampak keadaan agak parah,” tambah Niknurjaimee.
Punca sebenar kemalangan masih belum diketahui dan belum ada kenyataan polis setakat ini.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Seorang Terbvnuh SUV Rempuh Kedai Apple
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh sebuah kedai peralatan elektronik Apple, menyebabkan seorang mangsa maut serta mencederakan beberapa yang lain, lapor akhbar Metro UK.
Kenderaan jenis Toyota 4Runner berwarna hitam itu merempuh premis yang terletak di bandar Hingham, negeri Massachusetts, sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) semalam.
Seorang lelaki meninggal dunia, manakala 16 yang lain cedera dalam insiden yang dikategorikan sebagai ‘jenayah’, kata Peguam Daerah Plymouth, Tim Cruz.
Rempuhan itu menyebabkan lubang besar terbentuk pada cermin bahagian hadapan kedai. Kenderaan itu kemudian tersekat pada bahagian dinding belakang kedai, mengakibatkan sebilangan pelanggan terperangkap di dalam premis itu.
Menurut laporan, 16 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital South Shore dan dua lagi dikejarkan ke hospital lain di kawasan Boston.
“Sukar untuk digambarkan keadaan pagi ini dan orang ramai masih keliru melihat apa yang telah berlaku.
“Siasatan sedang dijalankan dan kami tidak dapat memaklumkan banyak perkara ketika ini,” kata Cruz.
Beberapa mangsa yang cedera dirawat di luar kedai oleh petugas kecemasan sejurus selepas kejadian berlaku dengan sebuah helikopter perubatan dikerah ke lokasi tersebut.
Polis turut menghubungi trak tunda untuk mengalihkan kenderaan SUV terbabit yang masih berada di dalam premis pada pukul 1.30 petang (waktu tempatan).
Menurut seorang saksi, Frank O’Brien, dia terkejut melihat bagaimana kenderaan tersebut dipandu laju dan merempuh kedai Apple itu.
“Pemandunya pasti memandu dengan amat laju yang menyebabkan dia merempuh kedai Apple itu sehingga ke bahagian belakang kedai,” katanya.
Sumber : Kosmo