Nahas Helikopter. Tak Bagi Tengok Arwah Dalam Beg Kerana Terikat SOP Covid-19

| November 8, 2020 | 0 Comments

Nahas Helikopter. Tak Bagi Tengok Arwah Dalam Beg Kerana Terikat SOP Covid-19 | Waris mangsa nahas helikopter yang hadir di bilik jenazah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tidak dibenarkan membuat pengecaman mayat kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Keluarga mangsa yang hadir kira-kira jam 4.40 petang tadi, hanya dibenarkan masuk ke bilik berkenaan.

Mereka cuma boleh melihat beg di zip rapat mengandungi jenazah diusung masuk ke bilik forensik untuk tujuan bedah siasat.

Menurut Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, abang sulung kepada arwah Mohd Irfan Fikri, 44, beliau diberitahu untuk menunggu keputusan COVID-19 terlebih dahulu dan selepas itu baru boleh proses bedah siasat diteruskan.

“(Arwah) dalam beg, tak bagi tengok. Tiada siapa boleh tengok jenazah lagi.

“Apabila dapat keputusan (COVID-19) baru boleh teruskan dengan bedah siasat atau sebagainya. Tetapi kalau positif Kementerian Kesihatan ambil (jenazah) terus.

“(Keputusan COVID-19) secepat-cepatnya esok. Mungkin cepat mungkin lambat. Kita tunggu mereka (pihak hospital) hubungi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Usaha media untuk mendapatkan maklum balas isteri arwah Mohd Irfan turut gagal apabila beliau dan beberapa individu, lantas memasuki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih sejurus keluar dari bilik jenazah, lalu beredar dari tempat kejadian.

Mohd Izani berkata, isteri arwah tidak bercakap apa-apa dan cuma menangis.

Sementara itu, adik bongsu arwah Mohd Irfan, Izyan Hazwani Mohamed Rawi, 30, berkata hubungan adik-beradik memang akrab.

Katanya, arwah selalu berkongsi lokasi secara langsung bila hendak memulakan penerbangan.

“Kami adik-beradik memang rapat. Kalau hujung minggu kerap keluar malam sekali. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami jarang jumpa.

“Pagi ini bila dapat tahu berita kejadian itu, saya semak lokasi terkini arwah melalui telefon bimbit. Saya dapati lokasi terakhir arwah memang di lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, media juga gagal mendapatkan respons keluarga arwah Mohd Sabri Baharom yang maut dalam insiden sama.

Difahamkan arwah Mohd Irfan memiliki lesen juruterbang pelajar (SPL) dan sedang dalam melengkapkan tempoh penerbangan selama 50 jam.

BH difahamkan Mohd Irfan mengambil lesen juruterbang untuk tujuan rekreasi.

Sumber : BH

 

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *