Juruterbang dan lima penumpang helikopter yang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highland dilaporkan selamat.

Nahas Helikopter Terhempas. 'Ini' Keadaan Terkini Mangsa

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini status sebenar semua mangsa masih belum dikenal pasti lagi.

Menurutnya, helikopter berkenaan membawa pasukan perubatan dari Ipoh ke Lojing sebelum berpatah balik ke Ipoh ketika dilaporkan terhempas.

Jelasnya, juruterbang, doktor dan empat kru perubatan dilaporkan selamat namun status sebenar selain tahap kecederaan masih belum dapat dikenal pasti.

Ujarnya, anggota keselamatan dan penyelamat masih dalam perjalanan ke lokasi kejadian di hutan kawasan Brinchang untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata, polis dan pasukan penyelamat mendapat maklumat daripada seorang penumpang helikopter berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dilaporkan cuaca buruk di sekitar kawasan tanah tinggi berkenaan.

Katanya lagi, sebarang perkembangan lanjut akan dikongsi dari masa ke masa.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca apabila helikopter dinaiki mereka mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi sehingga memaksa juruterbangnya mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan.

Menurutnya, walau bagaimanapun, difahamkan ketika cuba melakukan pendaratan, helikopter tersebut tersangkut pada pokok di hutan tersebut.

Beliau menjelaskan, etakat ini maklumat awal yang kami perolehi adalah semua mangsa selamat, hanya mengalami kecederaan namun tidak serius.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika helikopter yang membawa pasukan perubatan terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak daripada Lojing, Kelantan.

Jelasnya, lokasi sebenar keberadaan mereka masih belum dapat dipastikan setakat ini namun pasukan penyelamat sudah memulakan operasi mencari dan menyelamatkan semua mangsa.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Chester Voo berkata, helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd.

Tambahnya, unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat sudah digerakkan ke lokasi kejadian 19 minit kemudian dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply