Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 246.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Jabor-Kuantan, hari ini.

Nahas Libat 3 Kenderaan, Seorang Maut Dua Cedera

Setakat ini, didapati identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 petang, dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Alza yang menghala ke Kuala Lumpur. Penumpang lelaki dewasa yang duduk di belakang disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Katanya dalam satu kenyataan, manakala seorang lelaki yang merupakan pemandu Perodua Alza, dan seorang wanita di bahagian penumpang hadapan tersepit dan mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Nahas Libat 3 Kenderaan, Seorang Maut Dua Cedera

Ujarnya lagi, anggota Bomba telah mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan menggunakan peralatan khas, dan diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan.

Sumber: Astro Awani,

Share.

Leave A Reply