Mangsa kelima kemalangan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, meninggal dunia, 2.15 petang, hari ini.

Nahas Motosikal: Penunggang Kelima Meninggal Dunia

Mangsa, Mohd Haziq Harris, 34, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pada masa ini, ahli keluarga sedang berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi urusan bedah siasat.

Bapa mangsa, Harris Shariff, 71, ketika ditemui berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, empat maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan termasuk kereta.

Tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply