Dua maut manakala dua lagi mangsa terselamat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh di sini hari ini.

Nahas Myvi Dengan Treler, Dua Mangsa MAUT Tersepit

Berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah treler.

Mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Tan Wee Li, 39, dari Cheras, Kuala Lumpur dan Nur Susilawati Che Deraman, 35, dari Sungai Lembing, Kuantan.

Pemandu dan penumpang treler terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria telah memberi kenyataan berhubung insiden ini.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kira-kira pukul 2.47 pagi.

Kemalangan menyebabkan dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, dua lagi selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut dilaporkan tersepit sebelum dikeluarkan anggota penyelamat dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Tambahnya lagi, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi membuat pemeriksaan dan rawatan sebagai pesakit luar.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply