Nahas Pesawat Di Columbia, Tiga Kanak2 Dan Bayi Terselamat | BOGOTA – Ia sememangnya satu kejadian ajaib!

Seramai empat kanak-kanak berusia 13, sembilan dan empat tahun serta seorang bayi berusia 11 bulan daripada komuniti Orang Asli Colombia ditemui masih hidup selepas lebih dua minggu pesawat dinaiki mereka terhempas di sebuah hutan tebal di tengah negara itu.

Berita menggembirakan itu diumumkan Presiden Gustavo Petro pada Rabu selepas kesemua mereka diselamatkan pasukan penyelamat yang menyertai operasi di wilayah Caqueta.

Media tempatan melaporkan pesawat Cessna 206 itu membawa tujuh penumpang ketika ia menghantar isyarat kecemasan kerana masalah kegagalan enjin ketika berada di kawasan antara Araracuara di wilayah Amazonas dan bandar San Jose del Guaviare.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sukar itu akhirnya membuahkan hasil. Ia adalah satu khabar gembira buat negara,” ujar Petro menerusi Twitter.

Keempat-empat kanak-kanak itu bagaimanapun terselamat daripada impak kemalangan tersebut.

Sementara itu, maklumat awal diperoleh pihak berkuasa penerbangan awam yang menyelaraskan operasi SAR itu memaklumkan kumpulan ‘budak ajaib’ itu dipercayai berjaya keluar dari badan pesawat dan cuba mencari bantuan.

Pasukan penyelamat yang dibantu anjing pengesan turut menjumpai sisa buah yang menjadi sumber makanan mereka untuk kekal bertahan sepanjang tempoh itu selain tempat berlindung sementara yang dihasilkan menggunakan tumbuh-tumbuhan di hutan berkenaan.

SUMBER: SH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Nahas Pesawat TERHEMPAS. Jurulatih Maut, Rakan Parah

Seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini semalam.

Nahas Pesawat TERHEMPAS. Jurulatih Maut, Rakan Parah

ifahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah.

Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah memberi kenyataan berhubung kejadian ini ketika ditemui di sini semalam.

Pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 8 malam membabitkan pesawat jenis Piper 28 yang terhempas di lokasi kejadian.

Nahas Pesawat TERHEMPAS. Jurulatih Maut, Rakan Parah

Katanya, difahamkan pesawat tersebut berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) dekat sini.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya membawa keluar mangsa pertama pada pukul 9.25 malam.

Manakala, mangsa yang maut pula dikeluarkan 10 minit kemudian.

Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga kedua-dua mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor dan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber: Kosmo

 

 

Share.

Leave A Reply