Nahas Terowong Menora. Ustazah Ini Kongsi Suasana Kelas Di USAS. | Semalam kita dikeujtkan dengan berita kemalangan maut yang mengorbankan 5 orang penuntut daripada Universiti Sultan Azlan Shah (Usas). Akibat dari kemalangan tersebut, kelima-lima mangsa rentung dalam kemalangan itu.

Seorang pensyarah USAS Ustazah Hartini Nan memuat naik satu hantaran di facebook dengan mengatakan kelas pada pagi ini sangat sayu kerana rakan-rakan sekuliah terkejut dengan berita yang diterima.

Terima berita sedih dan memilukan hati
Kematian 5 orang pelajar USAS dalam kemalangan di menora hgway utara selatan.
yang mana 3 daripadanya adalah pelajar ustazah
Kelas pagi ni sangat sayu
Kerana kawan2 masih terkejut dgn pemergian sahabat mereka.
Mak ayah allahyarham masing2 berkejar dari Johor, Terengganu, Selangor untuk cam mayat anak2 mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan🥺
Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga
Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.
YaAllah
Mereka semua sedang menuntut ilmuMu yaAllah
Mudahkanlah urusan mereka di SANA
ameen ya rabb
AlFatihah ♥️

Berita kemalangan tersebut di bawah

Kuala Kangsar: Nahas tiga kenderaan mengakibatkan lima individu rentung di Kilometer (KM) 246, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, tengah malam tadi, dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan jalan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati treler membawa muatan mozek dari arah selatan menghala utara sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan dari KM 246 hingga KM 244.4 ditutup disebabkan oleh penyelenggaraan jalan.

Beliau berkata, pada masa sama, Honda City dinaiki lima mangsa itu sedang mengekori di belakang treler berkenaan, sebelum kedua-dua kenderaan itu dipercayai memperlahankan kenderaan.

Katanya, bagaimanapun, sebuah lagi treler membawa muatan besi pagar datang dari arah belakang Honda City berkenaan dan dan tidak sempat membrek, mengakibatkan ia merempuh bahagian belakang kereta berkenaan sebelum menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler bermuatan mozek terbabit.

“Akibat daripada itu, Honda City berkenaan terbakar sebelum api turut merebak ke bahagian hadapan kereta. Pemandu kereta itu serta empat penumpang di dalamnya tersepit dan tidak sempat menyelamatkan diri hingga menyebabkan kesemua mereka rentung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu. pemandu treler muatan besi berusia 28 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Beliau berkata, semua mangsa yang rentung adalah berusia antara 19 hingga 23 tahun dan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), Kuala Kangsar.

Difahamkan, mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Sementara itu, Naib Canselor Usas, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar mengesahkan semua mangsa maut itu adalah penuntut Usas yang baru memulakan pengajian selepas bercuti sempena Aidilfitri lalu.

Sumber Berita : HM

Share.

Leave A Reply