Nahas Tiga Kenderaan, Penunggang Motosikal Maut | Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Besar-Sekinchan berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini pada Jumaat.

Nahas Tiga Kenderaan, Penunggang Motosikal Maut

Penunggang motosikal jenis Yamaha LC berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lori muatan tiga tan mengalami patah kaki.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi.

Jelasnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Norazam berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, lori muatan tiga tan dan sebuah kontena.

Akibat daripada kemalangan tersebut, dikhabarkan pemandu lori tiga tan mengalami patah kaki dan penunggang motosikal meninggal dunia.

Difahamkan, pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply