“Nak Yang Macam Sayap Katu Tu Lebih..” Netizen Terhibur Dengan ‘Order’ Pelanggan

| March 4, 2021 | 0 Comments

“Nak Yang Macam Sayap Katu Tu Lebih..” Netizen Terhibur Dengan ‘Order’ Pelanggan | Seringkali kita tidak mengetahui sesuatu terma untuk sesuatu benda, sehinggakan kita terpaksa cakap sahaja benda yang mempunyai persamaan utuk benda yang kita tidak tahu itu. Kadang kala ia merumitkan, namun ia juga boleh jadi bahan lawak jika diingatkan balik.

Terbaru, tular satu ciapan dari seorang pengguna Twitter mengenai pesanan dari pelanggannya yang mahu Bonito Flakes lebih untuk Takoyakinya.

“Nak yang macam sayap katu tu lebih..”

Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai dengan tulisan yang dipesan sehingga menghiburkan orang ramai. Sayap katu yang dimaksudkan adalah bonito flakes yang diletakkan di atas makanan Takoyaki.

Hantaran tersebut mendapat lebih 6 ribu ulang ciap serta lebih 9 ribu tanda suka. Kebanyakkan rakyat Malaysia amat menyukai makanan yang berasal dari negara jepun Tersebut.

 

“Orang kedah bila order makanan Jepun..”

Difahamkan, pesanan tersebut berlaku di negeri Kedah yang telah dipesan memalui aplikasi Foodpanda.

Orang ramai turut disarankan untuk memesan makanan melalui penghantaran bagi mengelakkan kedai makan sesak ketika pandemik ini.

Mungkin juga ramai yang tak tahu asal usul Bonito Flakes ini. Serpihan Bonito telah dibuat dari ikan Bonito kering yang diparut sehingga menjadi serpihan yang halus.

Secara tidak langsung, ciapa yang tular ini dapat berikan info yang betul kepada orang yang betul-betul tidak tahu.

Rata-rata ramai warganet terhibur dengan perkongsian ini di ruangan komen.

Sumber :@nanash711

 

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *