Nelayan Maut Dalam Bot Ketika Keluar Tangkap Ikan

| September 30, 2020 | 0 Comments

Nelayan Maut Dalam Bot Ketika Keluar Tangkap Ikan | Kemaman: Nelayan ditemui meninggal dunia dalam bot gentian kaca miliknya di kawasan perairan Kerteh, di sini semalam.

Wan Razali Wan Hasan, 61 tahun, yang menangkap ikan sendirian ditemui terbaring dalam bot itu sekumpulan nelayan lain pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum keluar dari jeti Pantai Penunjuk Kijal, mangsa mengadu tidak sihat kepada rakannya.

“Bagaimanapun dia ke laut dan dipercayai meninggal dunia ketika sedang menangkap ikan di perairan Kijal. Botnya hanyut sejauh 30 kilometer ke perairan Kerteh.

“Sekumpulan nelayan yang melalui kawasan itu menemui bot itu tanpa pemandu dan mendekatinya sebelum menemui mangsa,” katanya, hari ini.

Hanyan berkata, nelayan berkenaan menunda bot mangsa hingga ke jeti Kuala Kijal dan tiba di sana pada 8.30 malam sebelum melaporkannya kepada polis.

Katanya, polis melakukan siasatan dan tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap mangsa. Bedah siasat dilakukan hari ini.

Sementara itu, anak Wan Razali, Wan Muhammad Azim Wan Razali, 21, berkata, ayahnya yang juga bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya JKR sentiasa ke laut bersendirian dan akan pulang menjelang 6 petang.

“Namun sehingga 7 malam, dia tidak pulang menyebabkan kami sekeluarga susah hati dan saya ke jeti untuk mencarinya.

“Kira-kira 8 malam, kami menerima panggilan memaklumkan bot ayah dijumpai, namun ayah sudah meninggal dunia, “katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *