Nelayan Warga Thailand Maut Terkena Renjatan Elektrik  | Seorang nelayan warga Thailand maut selepas parah terkena renjatan elektrik dalam bot nelayan tempatan yang keluar menangkap ikan di perairan Lumut awal pagi tadi.

Nelayan Warga Thailand Maut Terkena Renjatan Elektrik

Mangsa yang berusia 54 tahun melecur paruh badan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima laporan seorang awak-awak dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika berada di atas bot nelayan tempatan pada pukul 1.27 pagi.

Katanya, ketika kejadian bot itu dikesan berada pada kedudukan kira-kira 26.8 batu nautika barat laut Pulau Pangkor.

Berikutan itu, Kapal Maritim (KM) Gagah dikerahkan ke titik koordiant kecemasan terbabit bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa.

Pada masa yang sama, pihak HSM turut dimaklumkan untuk memberikan bantuan kecemasan dan perubatan terhadap mangsa.

Menurut beliau, operasi menyelamat juga diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub- Centre (MRSC) Langkawi pada pukul 1.40 pagi.

Jelasnya, setibanya KM Gagah di lokasi kejadian pada sekitar jam 2.30 pagi, mangsa dipindahkan dari bot nelayan tersebut seterusnya dibawa ke jeti Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Acheh sebelum dikejarkan ke HSM.

Tambahnya, hasil maklumat di lokasi kejadian, ia dilaporkan berpunca daripada renjatan elektrik atas bot dan mangsa juga berada dalam keadaan separuh sedar ketika itu sebelum disahkan meninggal dunia semasa dirawat di HSM>

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply