Nenek Dan 2 Cucu Nyaris Maut Dalam Kebakaran Rumah Mereka.

| August 23, 2020 | 0 Comments

Nenek Dan 2 Cucu Nyaris Maut Dalam Kebakaran Rumah Mereka. | Seorang nenek bersama dua orang cucunya nyaris maut apabila kediaman mereka di Kampung Baru Rompin di sini hangus dijilat api pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 78 tahun bersama dua cucunya yang berusia lima dan lapan tahun berada dalam rumah sebelum menyedari kediaman mereka terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.36 pagi tadi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dan Seri Jempol bergegas ke lokasi.

“Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan seratus-peratus kediaman tersebut, bagaimana pun kesemua mangsa berjaya menyelamat diri selain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan maklumat awal daripada mangsa, api dipercayai bermula dari bilik belakang, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

“Jumlah kerugian, dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak kami,”katanya.

Sumber : SH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *