Nenek Ini Tolak Sumbangan Makanan Yang Diberi. Puncanya Buat Ramai TERHARU.

| April 11, 2020 | 0 Comments

Nenek Ini Tolak Sumbangan Makanan Yang Diberi. Puncanya Buat Ramai TERHARU. | Kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa. Seorang wanita warga emas digelar ‘wanita terkaya negara’ setelah bertindak mengutamakan orang lain berbanding dirinya.

Menurut pengguna Twitter, Yousaf Akhtar, wanita itu menolak untuk menerima makanan percuma demi memberi kepada keluarga yang memerlukan.

Tambah Akhtar, wanita itu berkata beliau masih mempunyai makanan untuk 15 hari seterusnya, membuatkannya menolak pemberian itu.

Kemuliaan hati wanita itu telah mendapat sanjungan warga maya yang telah tersentuh dengan kemanusiaan ditonjolkannya.

Menurut dakwaan sebahagian netizen, kejadian itu dikatakan berlaku di India manakala wanita itu dipercayai merupakan keturunan Punjabi.

Setakat ini, lebih 100 juta orang rakyat di India telah diperintahkan berkurung bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih sejuta orang di seluruh dunia.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *