Nenek Sambut Hari Jadi Ke-100 Di Udara! Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali. Baca seterusnya.

FLORIDA: Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali.

Raymonde Sullivan melakukan aksi tersebut dengan terjun dari pesawat di Sky Dive Sebastian pada minggu lalu.

“Saya tidak pernah melakukan terjunan udara walaupun sudah berdepan dengan pelbagai perkara dalam tempoh 100 tahun.

“Oleh hal yang demikian, saya nekad mahu melakukannya selagi ada peluang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.

Rakaman video menunjukkan Sullivan kelihatan bersahaja ketika melompat keluar dari pesawat.

Ketika melakukan aktiviti itu, Sullivan disajikan dengan pemandangan cantik kawasan pantai di Florida sehingga payung terjunnya mendarat.

“Aktiviti ini amat menakutkan dan saya tidak nafikannya,” ujarnya.

Ditanya adalah dia ingin melakukan terjunan udara lagi selepas ini, dengan pantas Sullivan menjawab ‘tidak’ sambil ketawa.

Menurut laporan WPEC, Sullivan bertugas untuk merawat anggota tentera yang cedera semasa berperang.

Sumber: Utusan

Share.

Leave A Reply