Netizan Puji Cara Lelaki Ini ‘Sekolahkan’ Pemandu Honda. Ini Sebabnya.. | Tidak dinafikan, masih ramai rakyat Malaysia mempunyai tahap kesedaran yang rendah apabila mereka sesuka hati membuang sampah merata-rata tempat termasuklah di atas jalan raya.

Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Hakeem, kelihatan lelaki berkenaan menghampiri kereta seorang pemandu yang sesuka hati membuang sampah dari tingkap ketika menunggu lampu isyarat.

Bengang dengan tindakan individu berkenaan, lelaki terbabit bertindak mengutip sampah yang dibuang lalu memberikan semula kepada pemandu tersebut.

Member buka tingkap, buang sampah. Dah honk 2 3 kali tak jalan.

Ujarnya lagi, selepas dia memberi sampah itu semula, barulah individu terbabit meminta maaf kerana membuang sampah di atas jalan raya.

Kita buka seatbelt, ketuk tingkap, Baru pandai cakap sorry. Dalam hati mak tapi tegur nada tegas je lah.

Dah tua tapi pemalas simpan sampah sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 16 saat itu meraih lebih 177 ribu tontonan dan mendapat lebih 2718 retweets di Twitter.

SUMBER : OhBulan

Share.

Leave A Reply