Netizen Geli Hati Dengar Pembaca Berita Tersasul ‘kampus’ Jadi ‘pampers’ | Semalam tular seorang pembaca berita memuat naik video beliau tersasul perkataan ‘kampus’ menjadi ‘pampers’ ketika sedang menyampaikan berita. Video yang dimuatnaik di laman Instagram beliau itu sendiri mendapat 11 705 tontonan dari warganet.

Kunci dia, kau jangan over nervous atau over confident!!

Syairul Islam atau nama penuhnya Muhamad Syairul Islam Basmullah dikenali sebagai pembaca berita di RTM yang mengacarakan program Lensa IPT.

Tidak dinafikan, rasa gemuruh sudah semestinya wujud pada setiap individu jika perlu bercakap di hadapan khalayak ramai. Terdahulu, beliau juga pernah tular dengan satu video apabila beliau turut tersasul untuk menyebut perkataan ‘masyarakot’.

https://twitter.com/syairulislam/status/1216986690591477761?s=20

Menjengah di ruangan komen. Ramai warganet yang terhibur dengan perkongsiannya dan memuji dengan sifat keyakinannya.

Sumber : syairulislam

 

 

Share.

Leave A Reply