Netizen Kagum! Seorang Atuk Beli Kereta Dengan ‘Cash’ Hasil Menabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itulah peribahasa yang kita selalu dengar bila merancang untuk menabung. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, amalan menabung sememangnya memberikan pelbagai manfaat untuk kita.

Tambahan pula, ia juga boleh menjadi ‘tabung kecemasan’ yang diperlukan untuk masa depan kelak.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di Indonesia mengenai seorang warga emas yang membawa karung guni berisi wang tunai untuk membeli kereta baharu.

Memetik laporan Suara.com, aksi warga emas itu menjadi tular di media sosial selepas videonya dimuat naik oleh pengguna Instagram pada Rabu.

“Hebat atuk ini, panjang umur ya atuk, sihat selalu, semoga berkah semuanya,” tulis di kapsyen video itu.

Menerusi video itu, dia dilihat duduk di hadapan juruwang di kedai kereta itu sambil tersenyum mesra. Dia sedang menunggu proses pembayaran kereta yang baru dibelinya.

Tidak lama kemudian, warga emas itu mengeluarkan beberapa keping duit Rp 100,00 yang tidak diketahui jumlahnya dari guni beras.

Beberapa orang di kedai kereta dilihat turut tersenyum melihatnya menyerahkan wang tersebut.

Selepas selesai melakukan pembayaran, dia kelihatan memandu kereta Pajero yang baharu dibelinya dengan bersahaja dan tidak lekang dengan senyuman.

Sementara itu, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk memuji lelaki tua tersebut.

“Ini adalah impian saya, tidak kelihatan seperti kaya tetapi sebenarnya banyak wang,” kata seorang netizen.

Sumber: SK

Share.

Leave A Reply